Memaparkan catatan dengan label uum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label uum. Papar semua catatan

Sabtu, 7 Mei 2011

peperiksaan akhir...... Aduhhh... (x sakit pon)


Salam .....
Lepas balik dr umah mcm2 perkara yg berlaku pada kawan2 kt UUM nier, mungkin bahana dr exame.... Dan kesanyer terhadap aku ialah xbleh nk tidor sbb diorg study. Maka aku pon mengkaji perubahan yg selalu jadi biler nk exame.

Antara perkara yang sering berlaku bila dah dekat sangat nak exame ialah...
  1. Membaca tanpa menghiraukan sekeliling. Yang kepoh jadi pendiam. (orang masuk keluar bilik pun tak perasan, kalau orang tanya pun muka pandang nota je, jawab pon nak tak nak. Kalau jalan.jalan tersepak batu tu, reaksi dia lambat sikit. Sebab otak full load )

  2. Membaca dengan kadar yang cepat. (entah faham ke tak belakang kira, sebab nak jawab subjektif, hentam pon boleh, yang penting ada point nak goreng )

  3. Nak turun café tu fikir 2,3 kali. Tak pun sekali sehari je. Tu pun bungkus.cepat. jimat masa makan kat bilik. Sambil makan boleh membaca apa yg patut.

  4. Time nak exam baru laaa nak full semayang. Solat sunat sampai nak batal air sembahyang. Doa macam.macam. (dan.dan. tapi alhamdulillah)

  5. Agak yang nak mereng tu start la nak bukak mp3 volume paling sakit telinga. Tapi time ni memang tak sakit telinga. Sebab sakit otak lebih dari sakit telinga.

  6. Masa tidur pon boleh terbayang-bayang yang baca tadi(ada tu siap ambik handout letak tepi bantal. Moga-moga dapat buat daya serapan terus lagi bagus.

  7. Masa borak dengan kawan pun cakap pasal pelajaran je. (ni part tak leh blah la. Time mandi pun ada yang tanya-tanya. Dahsyat.)

  8. Kalau main message tu balas sikit.sikit je. Pendek pendek. Tak de mase nak fikir taip panjang.panjang.

  9. Sebab nak exam duduk dalam bilik je. Mengadap handout, buku, nota.nota. (jadi beruang kutub, sampai rambut serabai pon tak perasan) selalunye merayau g bilik orang. Tak pun kluar. G main bowling lah. Tgk wayang lah. Pantang ade mase terluang.

  10. Nak buang sampah pun terbawak pen. (ni kes cuak sangat ni)

  11. Agak2 stok megi tu habis kot untuk orang yang gila study. Jimat masa nak turun café masak air je pastu letak megi. Nak budak pandai sikit tak makan megi. Minum milo. Makan biskut hup seng ke, nestum ke. Roti memang dah prepare dah. Suruh mmber beli.

  12. Nak bukak facebook rasa tak senang gila. Perghh. Membazir.masa. (time ni memang tertekan gila. Kena berperang dengan diri sendiri nak bukak facebook, formspring,blog . Sebab laptop depan mata. Kabel/wifi kat sebelah je. Exam minggu depan. Nanti duduk depan facebook memang buku OFF9 terus.)

  13. Time ni ah baru bukak buku tebal. Bukak kamus tu yang tak tahan tu. Masa lecture dulu tak faham tak de hati pulak nak bukak kamus kan. ;P

  14. Asyik-asyik tengok jam je. Sampai tak cukup jam handphone, jam tangan. Tanya lagi mmber sebelah. Haihhh. Keliru sangat budak nih.

  15. Stok Nescafe, kopi tongkat ali, kopi mak dara, cucu dara semua memang ade lah. Nak stay up.

  16. Hah. Ni memang sure. Meja studi bersepah gila. Mana dengan highlighternya. Pen biru, hitam , merah. Kertas-kertas memang confirm bersepah punya. Agak2 ade nota yang hilang tu mula nak naik angin. Buku semua terbukak. Kalau ada buku tambahan dari library tu semua nak dibukaknya serentak. Ada tu 4,5 buku serentak bukak.

  17. Masa ni lah status facebook, blog “mintak maaf. Doakan exam nanti”

  18. Muka blurr je. Sebab otak dah full tank. Makan sorang-sorang pon dah tak heran. Sebab tak nak membazir mase lepak ramai-ramai. Nanti ade je bende nk borak.

  19. Kalau nak cakap pon tersasul-sasul. Salah cakap. Pastu cakap benda merepek je. Muka dah la cam zombie. Cakap merepek.repek sebab otak fikit handout, nota tak baca lagi vs nak jalan-jalan. Nak borak.borak. sampai satu tahap rasa nak rebus buku dengan handout semua. lagi merepek die cakap sebenarnye, lagi banyak topic die tak cover tu.

  20. Time ni jugak lah baru terfikir kenapa lah aku tak study awal2. Kan senang. Haihh. Pastu ada pulak yang buat azam untuk semester depan. Tak nak buat dah macam sem sekarang. *padahal tiap2 sem azam sama. Tak berubah gak. Tak pun menjadi semangat dia masa awal sem je. Sampai minggu ketiga dah hancusss.


Walau aper pon aku tetap mengucapkan :


pesanan penaja: ingat duit parent yg dh belambak habis kt ko, jgn nk main jer... ( ish kasar btol ayat dier)

Khamis, 17 Mac 2011

Rahsia Tarikh Lahir dalam Islam...

Salam....

Yaa... Pada kali ini sudah masuk 2 kali xpegi kelas klu kner Bar baru padan muka aku. Degil betol mngkin sbb tarikh lahir kot hehehe Cerita kali ini bertemkan islamic, sbb entry sebelum nier dah full ngan kemodenan jd kita ingat balik asal diri kita.. ( paham ker aper yg aku maksudkan)... Sebenarnya bender nie dah masyhur kat dalam Fb kan tu sbb aku tau hehe..

pelik btol aku ngan budak uum nier.. minat btol bender2 mcm tu.. aku guner fb untuk main game jer.. (yg lain xberaper tau nk guner sbnrnyer)

ok2 ni ader beberapa aplikasi yang bleh digunakan untuk konvert tarikh lahir hijrah ke masihi atau sebaliknya.. senangkan..♥ ♥ ♥ hehe.. tak payah la nk bukak fb tuk tahu rahsia tarikh lahir... (nama pun rahsia kner lah btol2 rahsia )..

oleh sebab aku nier peminat software jd aku cuber gak dapatkan material nier untuk dikongsi bersama.. ermm..

• First kener download dulu bender nier tuk mudahkn korang tahu bulan Islam aper korang lahir... Hijri-Gregorian Converter (Download jgn xdownload rugi tu... klik jer) sebab yg kita selalu igt lahir dlm tahun n bulan masihi..


• Pastu bler dah tau lahir dalam bulan aper check la ciri2 sifat peribadi.. kat bawah nier tengoklah kot2 btol....


Muharram
Seorang yang pendiam, sihat pemikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan sempurna, walaupun begitu jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk. Tidak suka mengakui kesalahanya. Ibu bapanya perlu mendidiknya untuk menghilangkan tabiat itu, jika tidak kehidupannya menjadi susah. Walaupunbegitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ia akan mendatangkan hasil.

RabiulAwal
Perwatakannya baik, mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga dalam pekerjaan, ramai yang menyenanginya. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras, dan mudah marah.

RabiulAkhir
Perwatakanya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupan menjadi sukar kerana tabiat buruknya. Ibu bapanya menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

JamadilAwal
Dia mempunyai tingkat keyakinan diri yang tinggi. Berani dan nekad. Kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walau begitu, keberanian dan tekadnya akan menunjukan hasil usahanya, kadangkala menemui kegagalan juga .

JamadilAkhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Bila dia tahu dia salah atau keliru, dia mudah mengakuinya, bila dia tahu dia benar, pendirianya keras tidak mahu mengalah. Semasa kecil ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agak terserlah sifat-sifat yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecil dia degil dan nakal. Ibubapanya patut mendidik dengan baik agar dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika dewasa, dia suka bersikap merendahkan diri dan tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa .

Syaaban
Perwatakanya baik, hidup selamat rezekinya tidak putus-putus. Waktu kecil mudah mengalah bila bermain dengan kawan-kawan. Kelakuan baik, berbudi bahasa hingga semua orang suka kepadanya. Masa dewasa ia akan berjaya dalam segala dalam kerjayanya dan mudah mendapat rezeki .

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendahkan diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenali. Tidak suka membanggakan dirinya dan kehidupannya selalu selamat.

Syawal
Perwatakan keras. Hatinya keras. Tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan kehidupannya, oleh itu ibu bapa perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya, jika tidak, kehidupanya menjadi susah kerana perangai keras hatinya dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki .

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia terlalu banyak berfikir, sifat ini akan membuahkan hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana terlalu banyak berfikir, dia kadangkala menjadi keliru. Seharusnya dia bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang memuaskan.

Zulhijah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika dia baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaanya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. Oleh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah,dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatanya. Dia seringkali menyesal kerana kurang pertimbangan.

• Haa!!! bnyak tol keburukn diri ....konferm btolah tu haha.. jgn taksub sgt, bnder nier andaian shj...

owh.. nier hadiah tuk korang bg nk cek sifat atau sikap mengikut tarikh lahir... ( dari Dr. Fadhilah Kamsah)

Download : Detail Diri

Isnin, 21 Februari 2011

Kenapa bermasalah dengan Gadjet












Salammm sumer.
Tidak aper yang menarik pon tuk masa nier, tiada software baru, tiada cerita lucu. Cumer dapat peganti baru.. opss not girl tp henpon bagi menggantikan yang telah hilang.. Memang #$%^&* betol la saper yang amik tu.. Hp tahun sebelum hijrah pon nak rembat.. dah nyusahkan diri ini. Nak curi pon tinggalkan la kad sim. Haha.. ader ker orang nak buat macam tu, xper lah xder jodoh dengan dier.. tp skang masalah baru pulak datang xreti nk guna... huhu siap kener kutuk lg, kadang pelik gak pasal komputer aku bleh tau tp tuk gajet2 canggih nier.. haram xtau guna.. penah sekali tu kredit asyik habis jer gelabah gak la.. sbb topup xpenah bawah dr 10 rinngit. Last2 adik aku gak yang betolkan tq kat dier... aper pon doa kn lah supaya panjang jodoh aku dengan hp nier... jgn ader yg mengebasnya hehe. ok next post mungkin lebih menarik... (saper suruh korang bacer, dah jd boring hahahah)