Memaparkan catatan dengan label lucu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lucu. Papar semua catatan

Selasa, 26 April 2011

Lawak sembahyang





Salam
owh... suasana sangat membosankan dikala ini, sedang2 explore internet tertarik pulak dengan lawak ini ia bukan sekadar lawak tapi penuh dengan makna yang tersirat.

Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali, sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menyebabkan tok imam tak senang duduk.

Pada satu hari tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah depa ni. Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar.

Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti. Si Ali pun berkata,

“Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan yg kami bukan la jahil sangat seperti yg disangkakan”.


Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau. Tok imam pun suruh Ali azan.

Tanpa berlengah terus je Ali azan, “Allah Ta’ala… Allah Ta’ala…” Dengan segera tok imam merampas mikrofon drp Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terserlah kejahilan Ali.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2 kali pun tak khusyuk jgk lg.. Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam.

“Tok, tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam.” Tok imam pun undur le ke belakang.

Budin pun angkat le takbiratul ihram. “Allahu akbar!” Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba2 je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata,

“Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!” lalu batallah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawa terbahak2.

Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dengan wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii…

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni… Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata, “He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tak, lagi dassat aku Semayang. He heee…”

Tok imam pun terkedu & terpanassssssssssssss… (Korang bayangkanlah sendiri apa orang2 kampung buat kat malaun 3 ekor tu).


p/s: sembahyanglah kamu sebelum orang sembahyang kan kat depan imam.Dan belajarlah cara sembahyang yg betol

Ahad, 17 April 2011

Lawak temuduga


Salam

Masa habis kelas tadi jumper sorg mmber nier (nmer rhsia) kt tmpat tunggu bas, biasa la sembang la lebih kurang tb2 bleh plak tnyer aku dpt praktikal kat mner. Lamer gak la nk kuasai diri balik sbb tersentak ngan soalan tu, aku ader lagi 1 sem kt sini tu pon klu x kantoi. Luper lak kos aku nier 4 tahun budak yg tnyer tu 3 tahun jer.


Agak2 la macam nier kot time temuduga............


Dia kater susah nak kerja, berdasarkan pengalaman la member dier pernah kener reject. Pasal temuduga diorang nier kadang2 kiter x jangka..



Ermmm mungkin lebih kurang mcm nier......

Seorang pengarah sebuah syarikat sudah mendapatkan kerani yang diinginkan, lalu beliau menugaskan stafnya untuk meneruskan baki temuduga dengan calon-calon yang masih ada…

Pengarah tersebut mengarahkan Budin iaitu stafnya untuk menolak semua calon yang tinggal. Dengan yakinnya staf tersebut melaksanakan tugasnya. Satu persatu calon dipanggilnya.

Staf : “Kamu memohon sebagai apa?”

Calon 1 : “kerani atau yang selayaknya”

Staf : “Kamu merasa kacak ke tak?”

Calon 1 : “lebih kurang macamtu la”

Staf : “Permohonan Kamu tidak diterima.”

Calon 1 : “Sebabnya?”

Staf : “Nanti pekerja disini akan jatuh cinta pada kamu dan berlaku perkara tak elok…”

Calon 1 : “Sebenarnya saya merasa tidak kacak”

Staf : “Makin lah saya tidak terima.”

Calon 1 : “kenapa pulak ?”

Staf : “Buat sakit mata aje”

Calon berikutnya…

Budin : ” Kamu ada makwe?”

Calon 2 : “Ada..”

Staf : “Di mana?”

Calon 2 : “Di luar negeri.”

Staf : “Permohonan Kamu tidak diterima.”

Calon 2 : “Alasannya?”

Budin : “Nanti kamu hanya bermain telefon dengan makwe.. dan bil melambung”

Calon 2 : “tapi Minggu depan makwe saya sudah pulang.”

Staf : “Makin lah saya tidak terima.”

Calon 2 : “Alasannya?”

Staf : “Laa.. nanti kamu selalu ponteng untuk berjumpa makwe kamu.


Ingat!!! mmber2 yang nak pegi praktikal berhati hati.. nnt kener reject plak....


p/s: aku xper la lambat lagi.. dan mungkin xkener mcm tu huhu




Ahad, 10 April 2011

Pantai Timur vs Utara

VS


Salam

Releks2 nier bukanlah pergaduhan atau perlawanan bola. Cuma kebenaran yang ader pada loghat mereka. Just untuk suka2.. org pntai timur & utara jgn mrh yer sy hanyer tertarik dengan bahasa anda...



Antara loghat utara
dgn loghat pantai timur,
yg mana lebih munasabah?



jawapannya loghat pantai timur..
cuba perhatikan dialog dibawah..


bahasa malaysia standard:"dia pergi ke rumah jiran
utk mencari emaknya tetapi emaknya tiada disitu.."

loghat utara:"dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia,pi pi mak dia takdak.."

loghat pantai timur:"dio gi ghumoh jire dio nak caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok"

kesimpulan:tak mungkin pipi maknya tiada, tetapi kalau gigi emaknya tiada, mmg munasabah hehehe

Walau beza loghat dan keturunan, ia tetap rakyat malaysia....



p/s : bukan rekaan sayer tp dr sumber internet dan blog... mungkin ader yg sudah mendengarnya...


Rabu, 8 Disember 2010

Kisah lucu

Sebagai pengubat ketensionan yang berada ditahap kritikal ini akibat penangan xbleh nk jwb exame sbb kesakitan perut.. Jamulah lawak yang xberapa nk lawak tp bleh jdkan perut tambah skit lg..


RABA


Pada suatu hari,Ali pergi exame dalam keadaan gopoh gapah.Nak dijadikan cerita ali tidak membawa pemadam.Lalu dia pun ingin meminjam pemadam dari seorang kawan perempuan . Ikutilah perbualan mereka:

Ali :Siti,nak "RUBBER".
Siti :Apa nak "RABA".
Oleh kerana Siti salah faham maka Ali pun dilempang.
Korang pikir le ape yang die pikir.


************************************************************

TAK ROMANTIK LANGSUNG.....

Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami:

Isteri : Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?

Suami : Kenapa?

Isteri : Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya. Bila pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving betullah mereka. Kenapa abang tak buat macam tu?

Suami : Nak mampus... Mana abang kenal isteri dia?"


************************************************************


MEE BANDUNG.......


Untuk beberapa tahun,Ahmad Sufian telah mengadakan hubungan sulit dengan orang gajinya,Sutina ...Suatu hari, Sutina memberitahu Ahmad Suffian yang dirinya mengandung ...

Ahmad Suffian yang tidak mahu merosakkan perkahwinannya, telah mengambil keputusan untuk menghantar Sutina balik ke Bandung untuk melahirkan anak mereka di sana ...

Beliau berjanji akan menanggung segala kos untuk anak tersebut sehingga anaknya nanti berusia 18 tahun ...

Supaya rahsia mereka berdua tidak terbongkar, Ahmad Suffian menyuruh Sutina supaya menghantarkan sekeping poskad dengan menulis perkataan "Mee Bandung" dibelakangnya setelah anak mereka lahir nanti .. Ahmad Suffian akan menguruskan segala perbelanjaan
untuk anaknya setelah mendapat poskad itu nanti ...

Suatu hari, 9 bulan selepas itu, ketika Ahmad Suffian pulang dari kerja, isterinya Norzalina menegur Ahmad Suffian dengan muka yang keliru ...

"Bang ... abang dapat poskad yang peliklah hari ni," kata Norzalina.

"Oh, tak pe ... bagi poskad tu kat Abang. Nanti abang jelaskan," kata Ahmad Suffian.

Norzalina pun memberi poskad itu kepada Ahmad Suffian dan melihat
Ahmad Suffian membaca poskad tersebut, sebelum muka Ahmad Suffian
bertukar menjadi biru, ungu dan terus pengsan!!

Poskad itu berbunyi ...

"Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung - 2 ada telur, 2 tiada telur. Tolong hantarkan kuah lebih ya!"

Sabtu, 27 November 2010

Telifon ajaib ( Kisah lawak )

Ini adalah lampiran dialog yang aku tibai dr laptop kwn aku.. tuk hiburkn hati, dan tenangkan fikiran sebab xdpt jwb exame huhuh


Telefon pertama
Penelefon (X) : Helloooo…. Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf Salah nombor..ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud…

Telefon ke -2
Penelefon (X) : Helloooo……Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf, salah dail ni, encik..!! ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud. (jawabnya kesal)

Telefon ke -3
Penelefon (X) : Helloooo….
Bibik (Y) : Eeeh..Lagi2 kamu!!.. Awas ya!! Walau saya cuma pembantu, tapi saya bisa laporin kamu ke polisi..!! (marah sangat dah ni!)
Penelefon (X) : Apakah ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud..??
Bibik (Y) : Aduuuh.. maaf2 yaaa…, tadi soalnya ada beberapa kali salah sambung. Mau cari siapa tuan.??
Penelefon (X) : Harun Salim Bachik….
Bibik (Y) : ??!!@#@$!! (sambil usap2 dada)

Telefon ke -4
Penelefon (X) : Helloooo…..
Bibik (Y) : Kurang ajaaar..!!! Kamu punya nyawanya berapa hah!!!
Penelefon (X) : Saya Syed Mahmud…..
Bibik (Y) : Aduh..!!! Maaf tuan! sorry sekali, tadi ada orang gila telpon! ada perintah apa tuan.??
Penelefon (X) : Segera panggil En Harun Salim Bachik..!!
Bibik (Y) : Hah..!…. (pengsan)

Selepas 10 minit kemudian setelah tersedar dari pengsan,

Telefon ke -5
Penelefon (Z) : Hallooooo….. (suara berbeza berbanding panggilan2 terdahulu)
Bibik (Y) : (Oh ini suaranya lain…). Mau cari siapa tuan..??
Penelefon (Z) : Ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud??
Bibik (Y) : Iya betul….
Penelefon (Z) : Saya Harun Salim Bachik… , tadi ada orang cari saya???
Bibik (Y) : ??@#$%^??… (terkejang!)