Khamis, 3 November 2011

Internet Download Manager 6.07 Build 12 Final




Salam..

Nier smbungan entry yang lepas, tu yg untung bile tau bhs arab nier. sbnrnyer byk software dr laman arab yg mungkin kiter xpaham. Sambil tengok2 kiter kongsi aper yg aku dpt iaitu idm 6.07 Bulg 12, sbb ambik ni pon sbb idm yg lmer x comfortable dgn aku nyer mozela firefox. Jd klu ader idm yg x sesuai ngan firefox bleh la download nier:

Tapi sblum tu nk bg tau care nk patch dier:

step 1 install idm
step 2 open folder pa.myegy.com untuk patch
step 3 open folder استخدم هذا الباتش اولا untuk patch yg pertama
step 4 open folder ثم استخدم هذا الباتش untuk yg kedua (patch semua xx2 & 6xx)
step 5 idm bleh digunakan


Download link:
http://www.mediafire.com/?h133z7j4so2atxa
Password Mediafire :
andystonecold

.

Aku terselamat kerana dikau.....




Salam

Haha cuber korang bayangkan dpt assingmnt untuk terjemahkan bahasa arab ke bahasa ingeris, pastu time tu internet cam hampeh... fuhh rasa cam nak maki jer.. (ish xelok). Maser tu la br nk ingat kenaper x buat awal2. Itulah ciri2 student yg kurang berdaya saing. Ermmm.. Apasal aku dpt assingmnt cam tu bhs arab pulak tu.. sbnrnya mmg subjeck ni pnah blajar dulu cume aku jer dah luper. Lagi pon kos yg aku amik skg nier sgt2 la berkaitan dgn nya...


Tapi nasib baik terjumper sofware nier so nk la share, sbb hidup nier kener kongsi.... xbleh kedekut. Software nier namer dier " Learn to Read and Write Arabic / Quran" jadi senang la skit kejer aku nk paham balik makne ayat dlm bhs arab nier. (tula dulu sekolah xnak blaja btol2 kn dh senang skg huhu)

Ni sedikit info ttg software nie



* Over 700 audio recordings of all Arabic letter pronunciations and examples

* Writing animations of all Arabic letters & combinations including final, medial and initail forms

* Flashcard review and exercises to aid memorization.

Letters Page introduces the Arabic letters; and displays their isolated, initial, medial and final forms.

Each letter's pronunciation is explained and a number of examples of the use of each letter is presented.


Link tuk download:
Learn to read
Password Mediafire :
andystonecold


arabic - eng dictionary
http://www.mediafire.com/?0o4b5az8d2m8afb
Source:dictionary.zip


e kamus 5.02.07 Professional Edition.rar
http://www.mediafire.com/?hyro8dv1v69
Password Mediafire :

andystonecold


.

Rabu, 2 November 2011

All Office Conveter Platinium v6.0




Salam..

I'm not quite old writing on the wall, it may run out of material to share with you all. Today I will share a software to convert all the tasks in Microsoft Office to other media. The software is called All Office Converter ....

Below is a description of this software:

All Office Converter Platinum is an easy-to-use and professional document conversion tool. It can support batch converting documents, web and images with high good quality for business and individual to improve the work efficiency. With this powerful converter, you can create PDF file from versatile formats and convert PDF file to other versatile formats with super output quality and effectively. More, you can convert between different office document formats, web, images. It can support comprehensive formats: Word(doc, docm, docx), Excel(xls .xlsx. xlsm),PowerPoint(ppt, pptc, pptm),PDF,XLS,RTF,TXT,HTM/HTML,Website,JPG,BMP,GIF,TIF,WMF,EMF,TGA, RLE,PNG etc.

Advance Features:
• Provide the customized Command Line service for server/developer.
• It can simultaneously convert different formats to one certain format once.
• It can convert the webpage on the website or your computer.
• Easy to use. Convert with one click.
• More setting options to let you control the output file more accurately.
• Save the imported file list.
• Support encrypted PDF.
• Create PDF and Image with high good quality.
• Open *.HTM or URL as the following framework to convert


Download

Sabtu, 9 Julai 2011

Yahoo messenger portable


Assalamualaikum...

Lamer rasanyer tidak mencoret aper2 di blog nier.. untuk kali nier ader sedikit material yang ingin dikongsi. Software nie adalah alternative kepada pengguna2 yahoo messenger , kerana mudah digunakan keatas semua pc dan komputer tanpa mendowload nyer. Bg yg kat pejabat ader kemudahan internet just gunakan aplikasi ini. sbb ia bersifat potable maka ia boleh disimpan didalam pendrive dan boleh digunakan pada bila2 masa.


dowmload : Yahoo Messenger Portable

Jumaat, 17 Jun 2011

File Splitter and Joiner setup




Assalamualaikum...

Kali nier nak citer pasal software yg dipanggil FSJ. Ini adalah perisian yang agak lamer sebenanya tp baru nak share hehe.. Bukan kedekut cumer terlupa sebab terlalu mencari material yang baru sampai yang lamer diabaikan. Bender nier sangat berguner bagi joint file sbb ia lebih baik dari HJ split.


Mudah digunakan sbb just klik kat file yang ingin di joint tidak seperti HJ split, ia juga boleh split file untuk reduce size file untuk diupload. Bg mereka yg suka share mcm aku. (puji diri sendiri plak). Sesuai la bg penggemar2 download movie haha macam member aku.. (aku tukang tengok jer ).



Nier link untuk DonwloadLink

Khamis, 16 Jun 2011

Doa moga diberikan kerajinan dalam bersolat..

Assalamualikum,
Raser2 naper tiber aku tulis enteri nier, huhuhu mngkin sbb aku ini insan biasa kdg2 tu alpha la jugak.. so nier ader member bagi tips cmner nak hindar diri dr tinggal kewajipan (jadi ustaz jap, jgn plak berdarah telinga bler dengar).


Bacalah selalu Surah Ibrahim: Ayat 40

Petua Untuk Rajin Bersolat

Jika anda ingin jadi orang yang rajin mengerjakan Solat, amalkanlah doa ini.

Bacalah selalu Surah Ibrahim: Ayat 40

Maksudnya: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."

Surah Ibrahim: Ayat 40-43

[40] Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

[41] Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.

[42] Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku).

[43] (Dalam pada itu) mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke padang Mahsyar) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip dan hati mereka tidak bersemangat (kerana bingung dan cemas).

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

Riwayat at-Tirmidzi

Total PDF Converter



Assaalmualaikum.....

Agak lamer gak tidak menulis dlm nier... bizzy (bajet jer) huhu.. Ada sedikit software yang ingin dikongsi kepada mereka yang singgah. bagi student mungkin sgt berguner sbb memudahkan untuk copy file dari PDF kepada Word atau JPG, PNG dan lain2. Pastu leh tukar kpd PDF kembali...

Igt lg maser dpt assingmnt dr lctre, agak mereng gak nk kener taip balik.. skang dah ader mudah, tp jgn disalah guner.. huhuhu.. Nier Sumer sbb nk copy assingmnt, tu yg tau...

Ini sedikit info...

* PDF Converter can save Adobe files as images (in JPEG format) and position several of them on one screen. This is especially useful for users of Sony PSP. Have your PDF files showed on your TV in the way that suits you most. The pages can be showed vertically, horizontally, even diagonally, with one, two, three or more pages on the screen.

* Total PDF Converter can also save conversion preferences. This means, for example, that you do not have to re-check “;Change each page to a separate file”; each time you convert PDF to TIFF.

* The tool will also give you the option of tsrating page numbering in the outout file from any facts (e.g. “;6,7,8,9″, not just “;1,2,3,4″).

* Total PDF Converter also supports DPI and paper size for TIFF. This means that now you can select the quality and size of the output TIFF image. Choose from 75, 150 or 300 DPI or set your own. The page size can be A3, A4, A5, B4, B5 or Letter. As well as this, you can rename .tiff to .tif via the GUI and command line in the \PDF to TIFF conversion process.

* Total PDF Converter can convert multi-page PDF files to HTML and place each page in a separate HTML file.



Link Medifire:
Download Total PDF Convert



p/s: please unable you anti Virus
.

Khamis, 19 Mei 2011

Hadith mengenai wanita


Salam... Banyak jugak kelebihan wanita yg lelaki xtau dan wanita sendiri xtahu...
Sehingga disebut beberapa hadis.. sangat mengagumkan ciptaan Allah ini.. semua bersebab...

1. Doa perempuan itu lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab beliau, ” Ibu lebih penyayang daripada Bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

3. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak melahirkan, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya ketika melahirkannya.

5. Apabila telah lahir seorang anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan dari air susunya akan diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur karena merawat anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa membahagiakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang senantiasa menangis karena takut pada Allah, dan orang yang takut pada Allah akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa oleh-oleh (seperti membeli makanan di pasar lalu diberikan kepada keluarga di rumah), maka pahalanya seperti bersedekah.
Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa membuat gembira anak perempuannya seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam surga lebih dahulu 10.000 tahun daripada suaminya.

10. Apabila seorang perempuan melaksanakan shalat lima waktu,, puasa di
bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat pada suaminya, maka ia bisa masuk ke pinta surga manapun yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah: Siapakan yang lebih besar haknya terhadap wanita?
Rasulullah: Suaminya..
Aisyah: Siapa pula berhak terhadap lelaki
Rasulullah: Ibunya.

13. Apabila ayah ibumu kedua-duanya memanggilmu, maka jawablah panggilan ibumu lebih dahulu.

14. Apabila seorang perempuan taat kepada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan akan beristighfar baginya selama dia taat pada suami, menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat pada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu surga.

16. Surga dibawah telapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal dengan anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi Muhammad SAW) di dalam surga.

18. Barangsiapa mempunyai 3 anak perempuan atau 3 saudara perempuan atau 2 anak perempuan atau 2 saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh takwa serta bertanggungjawab, maka baginya surga.

19. Dari Aisyah : Barangsiapa diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka.

Namun jiker wanita itu benar2 mengabdikan diri pada Allah....



Sabtu, 7 Mei 2011

peperiksaan akhir...... Aduhhh... (x sakit pon)


Salam .....
Lepas balik dr umah mcm2 perkara yg berlaku pada kawan2 kt UUM nier, mungkin bahana dr exame.... Dan kesanyer terhadap aku ialah xbleh nk tidor sbb diorg study. Maka aku pon mengkaji perubahan yg selalu jadi biler nk exame.

Antara perkara yang sering berlaku bila dah dekat sangat nak exame ialah...
  1. Membaca tanpa menghiraukan sekeliling. Yang kepoh jadi pendiam. (orang masuk keluar bilik pun tak perasan, kalau orang tanya pun muka pandang nota je, jawab pon nak tak nak. Kalau jalan.jalan tersepak batu tu, reaksi dia lambat sikit. Sebab otak full load )

  2. Membaca dengan kadar yang cepat. (entah faham ke tak belakang kira, sebab nak jawab subjektif, hentam pon boleh, yang penting ada point nak goreng )

  3. Nak turun café tu fikir 2,3 kali. Tak pun sekali sehari je. Tu pun bungkus.cepat. jimat masa makan kat bilik. Sambil makan boleh membaca apa yg patut.

  4. Time nak exam baru laaa nak full semayang. Solat sunat sampai nak batal air sembahyang. Doa macam.macam. (dan.dan. tapi alhamdulillah)

  5. Agak yang nak mereng tu start la nak bukak mp3 volume paling sakit telinga. Tapi time ni memang tak sakit telinga. Sebab sakit otak lebih dari sakit telinga.

  6. Masa tidur pon boleh terbayang-bayang yang baca tadi(ada tu siap ambik handout letak tepi bantal. Moga-moga dapat buat daya serapan terus lagi bagus.

  7. Masa borak dengan kawan pun cakap pasal pelajaran je. (ni part tak leh blah la. Time mandi pun ada yang tanya-tanya. Dahsyat.)

  8. Kalau main message tu balas sikit.sikit je. Pendek pendek. Tak de mase nak fikir taip panjang.panjang.

  9. Sebab nak exam duduk dalam bilik je. Mengadap handout, buku, nota.nota. (jadi beruang kutub, sampai rambut serabai pon tak perasan) selalunye merayau g bilik orang. Tak pun kluar. G main bowling lah. Tgk wayang lah. Pantang ade mase terluang.

  10. Nak buang sampah pun terbawak pen. (ni kes cuak sangat ni)

  11. Agak2 stok megi tu habis kot untuk orang yang gila study. Jimat masa nak turun café masak air je pastu letak megi. Nak budak pandai sikit tak makan megi. Minum milo. Makan biskut hup seng ke, nestum ke. Roti memang dah prepare dah. Suruh mmber beli.

  12. Nak bukak facebook rasa tak senang gila. Perghh. Membazir.masa. (time ni memang tertekan gila. Kena berperang dengan diri sendiri nak bukak facebook, formspring,blog . Sebab laptop depan mata. Kabel/wifi kat sebelah je. Exam minggu depan. Nanti duduk depan facebook memang buku OFF9 terus.)

  13. Time ni ah baru bukak buku tebal. Bukak kamus tu yang tak tahan tu. Masa lecture dulu tak faham tak de hati pulak nak bukak kamus kan. ;P

  14. Asyik-asyik tengok jam je. Sampai tak cukup jam handphone, jam tangan. Tanya lagi mmber sebelah. Haihhh. Keliru sangat budak nih.

  15. Stok Nescafe, kopi tongkat ali, kopi mak dara, cucu dara semua memang ade lah. Nak stay up.

  16. Hah. Ni memang sure. Meja studi bersepah gila. Mana dengan highlighternya. Pen biru, hitam , merah. Kertas-kertas memang confirm bersepah punya. Agak2 ade nota yang hilang tu mula nak naik angin. Buku semua terbukak. Kalau ada buku tambahan dari library tu semua nak dibukaknya serentak. Ada tu 4,5 buku serentak bukak.

  17. Masa ni lah status facebook, blog “mintak maaf. Doakan exam nanti”

  18. Muka blurr je. Sebab otak dah full tank. Makan sorang-sorang pon dah tak heran. Sebab tak nak membazir mase lepak ramai-ramai. Nanti ade je bende nk borak.

  19. Kalau nak cakap pon tersasul-sasul. Salah cakap. Pastu cakap benda merepek je. Muka dah la cam zombie. Cakap merepek.repek sebab otak fikit handout, nota tak baca lagi vs nak jalan-jalan. Nak borak.borak. sampai satu tahap rasa nak rebus buku dengan handout semua. lagi merepek die cakap sebenarnye, lagi banyak topic die tak cover tu.

  20. Time ni jugak lah baru terfikir kenapa lah aku tak study awal2. Kan senang. Haihh. Pastu ada pulak yang buat azam untuk semester depan. Tak nak buat dah macam sem sekarang. *padahal tiap2 sem azam sama. Tak berubah gak. Tak pun menjadi semangat dia masa awal sem je. Sampai minggu ketiga dah hancusss.


Walau aper pon aku tetap mengucapkan :


pesanan penaja: ingat duit parent yg dh belambak habis kt ko, jgn nk main jer... ( ish kasar btol ayat dier)

Jumaat, 6 Mei 2011

Cyberlink Power DVD Ultra 3D 11 (Full Version)





Salam..

Dah lamer rasernye cuti dari menulis, ok kali nier ada sesuatu untuk dikongsi bersama iaitu software terbaru dari Cyberlink. Power DVD 11 versi terbaru dari Cyberlink sejenis software pemain DVD.




Ini adalah beberapa diskripsi tentang Power dvd yg terbaru:

  • Ultimate Blu-ray player and Blu-ray 3D movie experience with support for CPU/GPU hardware acceleration for superb playback quality.
  • Ultra-fast Instant Seek to search for the movie scene you want to watch on your DVDs.
  • Vast Video format support lets you play almost every video file, including MKV (H.264), FLV (H.264), WTV, 3GP and 3G2 files.
  • Play Photos in Slideshows. You can enjoy photos stored on your PC, smart device or DLNA server, or from Facebook and Flickr.
  • Best Music Player that organizes and plays your music collection from your Windows 7 music library.

Nier link yg di copy dari 4shared untuk di download:
Power DVD 11

Khamis, 28 April 2011

Tips hilangkan bosan bile dh xleh nk study


Salam...

Giler sunyi dpp aku (penginapan) sumer balik dah, nyesal plak raser x balik awal aduh bosan..

Korang bosan gak? hah,ni ade tips kalo bosan2 ke kan, ye arr cm kalo korang tunggu xm ke,xtau nak wat ape,or cm aku skg,dh nak exame,tp bosan gak sbb asek kene stadi,so aku come up ngn tips utk ilangkan bosan nih,korang try aa,.konfem bole laa kurangkan tahap kebosanan yg terlampau cm aku skg.haha (kes duduk sorang2 tu yg dtg kesewelan)

1) Korang bilang bilangan rambut yg ade kat kepala korang,sape yg rambut pendek tu,bole berdiri depan cermin,pas2 bilang satu2,kalo tersalah kire,bole ulang lagi skali.

2)Bagi yg botak,mungkin care kat atas xapplicable,tp xpe,korang bole try bilang bilangan bulu kat kucing/binatang yg berbulu.kalo xde kat sekeliling korng,xpe.bole gak kire bilangan semut/anai2 kat bilik korang.(alah kan selalu lepas makan tinggal tunggu minggu dpn baru basuh)

3)korang g cuci pondok telefon kat sekitar kawasan dpp korang/tempat tinggal korang.selaen bole ilangkan bosan,korang leh gak wat amal kebajikan kan,dapat pahale,sure pengetua sayang gile aa kat korang,untung2 xyah nak sibuk tambah aktiviti sem depan.hahah.

4)korang g wat2 havoc kat bilik.kalo sape yg ade rumet,korang wat2 laa cm psycho sikit,bawak pisau dapur tu,.pas2 stare kat dia,kalo dia tanye pape,korang gelak kuat2.sure korang xrs bosan da pas2. ( tp hati2 klu rumet tu lg psycho dr korang)




5)bg yg suke berkebun,ni mungkin cadangan menarik,korang g laa tanam pokok jagung kat dalam pasu bunge pastu letak depan bilik.. bile felo tanyer jawab lah nk indahkan lg suasana.

6)bg yg suke exercise plak,korang g tawaf kawasan penginapan sebanyak 7pusingan,wat laa dlm 20 kali cm2.disamping bole ilangkan bosan,bole praktis utk tawaf kat mekah nnt kalo nak g haji nnt.

7)care yg ini xbape digalakkan,tp kalo da mmg xtau nak ilangkan bosan,bole laa try,.korang g lari2 kat sekeliling kaw penginapan,smbil jerit2 mtk tolong2.wat gaye2 yg mencemaskan sikit.korang jerit aaa sekuat yg bole.kalo org tanye,nape?korang ckp aa tolong ilangkan bosan korang.pas2 konfem korang dapat hadiah sebijik pelempang.xpon,beberapa bijik gak laa.sbb tu,care ini xbape digalakkan terutama kpd mereka yg dibawah 18thn.

8)kalo korang ade kucing,korang g la mandikan kucing tu,mandi bersih2,biar wangi sikit.kalo sape2 yg xde kucing,tp korang ade binatang peliharaan yg laen,mcm lipas ke,monyet ke,bole gak laa try.tp make surebinatang tu wangi lepas dimandikan.kalo x,sia2 je korang mandikan . (kat tmpt aku bnyak binatang peliharaan )

9)bg yg ade halaman umah yg berpasir,mungkin ni tips yg best utk korang,korang g laa wat istana pasir depan umah korang tu,xsemestinye istana laa,wat laa bentuk2 yg menarik,ikut kreativiti korang,pas2 letak laa tapak sulaiman ke kat sebelah tu,nampak sikit cm kat tepi pantai.kalo xde tapak sulaiman,korang letak ikan puyu ke,ikan bilis pon bole laa,tp jgn letak berudu sudeyy.

10)paling tak pon kan,korang g laa bukak buku spm,(even korang da abes spm),pas2 wat2 study cm korang nak spm.struggle laa wat soklan2 tu,cm spm tu esok nye.sure mak bapak korang bersyukur ade anak cm korang. (buku yg wajib pon xlarat ini kan buku zaman silam.. hehe)

haa,.tu la 10 tips yg bole aku kongsi ngn korang dikale aku bosan ni.haha.smoga tips tu dapat laa membantu korang menghilangkan bosan,drp wat bende2 xberfaedah kan,at least ade gak kebaikan yg korang wat.hehe.slamat mencube!:D

Cuber jgn x cuber

Selasa, 26 April 2011

Lawak sembahyang





Salam
owh... suasana sangat membosankan dikala ini, sedang2 explore internet tertarik pulak dengan lawak ini ia bukan sekadar lawak tapi penuh dengan makna yang tersirat.

Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali, sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menyebabkan tok imam tak senang duduk.

Pada satu hari tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah depa ni. Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar.

Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti. Si Ali pun berkata,

“Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan yg kami bukan la jahil sangat seperti yg disangkakan”.


Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau. Tok imam pun suruh Ali azan.

Tanpa berlengah terus je Ali azan, “Allah Ta’ala… Allah Ta’ala…” Dengan segera tok imam merampas mikrofon drp Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terserlah kejahilan Ali.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2 kali pun tak khusyuk jgk lg.. Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam.

“Tok, tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam.” Tok imam pun undur le ke belakang.

Budin pun angkat le takbiratul ihram. “Allahu akbar!” Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba2 je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata,

“Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!” lalu batallah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawa terbahak2.

Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dengan wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii…

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni… Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata, “He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tak, lagi dassat aku Semayang. He heee…”

Tok imam pun terkedu & terpanassssssssssssss… (Korang bayangkanlah sendiri apa orang2 kampung buat kat malaun 3 ekor tu).


p/s: sembahyanglah kamu sebelum orang sembahyang kan kat depan imam.Dan belajarlah cara sembahyang yg betol

Rabu, 20 April 2011

Antara sebab aku pakai SRS Audio Sandbox Full







Salam

Ouch! My roomate was already noise with Altec Lansing speakers. I know the sound of my speakers just slowly. So to solve this problem is an install software for the sound. This is a software product from SRS labs. Yes envy him.. hahaha Aduh aduh... tapi kalah gak diernyer speaker tetap kuat....


Nier meja rumate aku, cuber tengok aper yg ader.. sebuah speaker yg bleh kasi jiran
sebelah marah.. Tp saper branier marah senior... huhu (klu dier tau mampus aku)


Kesan dari bunyi tersebut banyak la monyet dok lepak kat tengah kjalan tepi bilik aku.. dok layan lagu2 yg rumate aku pasang.. Ish2..

Gambar nier dr blog mmber aku.. mser tu dier tgh dok bilik aku.... Tengok releks jer
nk dengar lagu la tu...



Ermm ... Nier sedikit maklumat tentang sofware nier..



The SRS Audio Sandbox is the audio enhancement software for your PC. It features: sleek interface design with energized light pulses, surround sound-even from 2 speakers, using SRS Labs audio enhancement technology. Enjoy deep & rich bass-even from smaller speakers. Choose from many cool presets for all your music, videos, and games. The program includes custom settings for 2 or more speakers, or headphones and compact mini mode setting to give you more desktop space.



System Requirements:
* PC with Windows XP SP2 or Windows Vista
* 128 MB RAM
* Sound card
* Speaker or headphones

want to more the info find yourself, I think you already know hehe

Download (MEDIAFIRE Link) can choice with one

Link 1

Link 2


p/s: please disable your Anti Virus before download and install..



Ahad, 17 April 2011

Lawak temuduga


Salam

Masa habis kelas tadi jumper sorg mmber nier (nmer rhsia) kt tmpat tunggu bas, biasa la sembang la lebih kurang tb2 bleh plak tnyer aku dpt praktikal kat mner. Lamer gak la nk kuasai diri balik sbb tersentak ngan soalan tu, aku ader lagi 1 sem kt sini tu pon klu x kantoi. Luper lak kos aku nier 4 tahun budak yg tnyer tu 3 tahun jer.


Agak2 la macam nier kot time temuduga............


Dia kater susah nak kerja, berdasarkan pengalaman la member dier pernah kener reject. Pasal temuduga diorang nier kadang2 kiter x jangka..



Ermmm mungkin lebih kurang mcm nier......

Seorang pengarah sebuah syarikat sudah mendapatkan kerani yang diinginkan, lalu beliau menugaskan stafnya untuk meneruskan baki temuduga dengan calon-calon yang masih ada…

Pengarah tersebut mengarahkan Budin iaitu stafnya untuk menolak semua calon yang tinggal. Dengan yakinnya staf tersebut melaksanakan tugasnya. Satu persatu calon dipanggilnya.

Staf : “Kamu memohon sebagai apa?”

Calon 1 : “kerani atau yang selayaknya”

Staf : “Kamu merasa kacak ke tak?”

Calon 1 : “lebih kurang macamtu la”

Staf : “Permohonan Kamu tidak diterima.”

Calon 1 : “Sebabnya?”

Staf : “Nanti pekerja disini akan jatuh cinta pada kamu dan berlaku perkara tak elok…”

Calon 1 : “Sebenarnya saya merasa tidak kacak”

Staf : “Makin lah saya tidak terima.”

Calon 1 : “kenapa pulak ?”

Staf : “Buat sakit mata aje”

Calon berikutnya…

Budin : ” Kamu ada makwe?”

Calon 2 : “Ada..”

Staf : “Di mana?”

Calon 2 : “Di luar negeri.”

Staf : “Permohonan Kamu tidak diterima.”

Calon 2 : “Alasannya?”

Budin : “Nanti kamu hanya bermain telefon dengan makwe.. dan bil melambung”

Calon 2 : “tapi Minggu depan makwe saya sudah pulang.”

Staf : “Makin lah saya tidak terima.”

Calon 2 : “Alasannya?”

Staf : “Laa.. nanti kamu selalu ponteng untuk berjumpa makwe kamu.


Ingat!!! mmber2 yang nak pegi praktikal berhati hati.. nnt kener reject plak....


p/s: aku xper la lambat lagi.. dan mungkin xkener mcm tu huhu




Khamis, 14 April 2011

7 Zip



Salam

Today I want to share a sofware can archive and joint a data or document. 7-Zip is an open source file archiver predominantly for the micr*soft Windows operating system. It operates either as a command line program or with a graphical user interface. It also features integration with the Windows shell environment. 7-Zip is free software, distributed under the GNU LGPL license.



Features:
High compression ratio in new 7z format with LZMA compression
7-Zip is free software distributed under the GNU LGPL
Supported formats: 7z, ZIP, CAB, RAR, ARJ, GZIP, BZIP2, Z, TAR, CPIO, RPM and DEB
For ZIP and GZIP formats 7-Zip provides compression ratio that is 2-10 % better than ratio provided by PKZip and WinZip
Self-extracting capability for 7z format
Integration with Windows Shell
Powerful File Manager
Powerful command line version
Plugin for FAR Manager
Localizations for 55 languages




Download link : Mediafire

Ahad, 10 April 2011

Pantai Timur vs Utara

VS


Salam

Releks2 nier bukanlah pergaduhan atau perlawanan bola. Cuma kebenaran yang ader pada loghat mereka. Just untuk suka2.. org pntai timur & utara jgn mrh yer sy hanyer tertarik dengan bahasa anda...



Antara loghat utara
dgn loghat pantai timur,
yg mana lebih munasabah?



jawapannya loghat pantai timur..
cuba perhatikan dialog dibawah..


bahasa malaysia standard:"dia pergi ke rumah jiran
utk mencari emaknya tetapi emaknya tiada disitu.."

loghat utara:"dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia,pi pi mak dia takdak.."

loghat pantai timur:"dio gi ghumoh jire dio nak caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok"

kesimpulan:tak mungkin pipi maknya tiada, tetapi kalau gigi emaknya tiada, mmg munasabah hehehe

Walau beza loghat dan keturunan, ia tetap rakyat malaysia....



p/s : bukan rekaan sayer tp dr sumber internet dan blog... mungkin ader yg sudah mendengarnya...


Sabtu, 9 April 2011

Rahsia Sifat Lelaki Mengikut Tarikh Lahir





Salam

Entery kali ini mengenai sifat lelaki, oleh kerana aku nier seorang leleki jadi ingin berkonsi sedikit sebnyak mengenai lelaki.. Info ini diambil dr sebuah blog 1001 Rahsia Diri yg agak menarik untuk mengetahu sikap, personaliti sesorang yang dipanggil manusia....

Bagi lelaki yang lahir pada tarikh ini:

1hb - Si dia berjiwa seni dan gemar bersantai sambil memenangkan fikiran.
Ajaklah si dia bersantai di persisiran pantai. Di samping itu minta si dia memainkan satu lagu dengan petikan gitar ataupun tiupan seruling khas
untuk kamu. Tentu si dia terfikir kamu mempunyai citarasa yang sama dengannya.
Kira sesuailah tu!

2hb - Kamu boleh mengharapkan pemberian sejambak bunga ataupun teddy bear kerana si dia berjiwa romantik. Di peringkat permulaan, si dia kelihatan malu-malu kerana takut dikecewakan. Apa kata kalau kamu menganggap si dia sebagai teman rapat dahulu. Manalah tahu selepas itu cinta akan berputik pula ..

3hb - Sikap si dia sukar diramalkan. Maka kamu harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Si dia gemar melancong atau berkhemah dan ini membuatkan si dia kekurangan masa untuk bersamamu. Apa kata kamu
berkongsi minat dengan si dia. Barulah kamu dapat memahami sikap si dia.

4hb - Kurang berkeyakinan dan takut mencuba sesuatu yang baru. Hah! Senang saja caranya. Apa kata setiap kali si dia bvercadang untuk melakukan sesuatu perkar, kamu berilah sepenuh sokongan dan galakkan padanya. Katakan yang si dia mampu untuk melakukan perkara tersebut. Dengan semangat yang kamu berikan itu pasti si dia rasakan hanya kamulah teman setianya.

5hb - Selalunya si dia gemar memendam perasaan. Walaupun menyukai
seseorang,
sukar baginya berterus terang. Cuba perhatikan tingkah laku si dia
terutamanya bila bersamanya. Kamu juga boleh menunjukkan tanda-tanda
kamu menyenanginya untuk membuatkan si dia tidak ragu-ragu untuk memiliuh kamu sebagai pasangan. Tak salah kalau kamu yang mengorak langkah dulu!

6hb - Si dia umpama magnetik. Semua orang sukakannya. Ringan tulang dan bersedia membantu sesiapa yang bermasalah. Walaupun si dia mengenalimu tetapi tidak mempunyai sebarang tanda-tanda dia menyukai kamu. Apa kata kalau kamu cuba berkawan dengannya lebih rapat lagi dan sentiasa bersama dalam keadaan susah ataus senang. Mungkin si dia akan terus tertarik padamu. Siapa tahu!

7hb - Cepat panas baran dan mudah mengeluarkan perkataan yang tak
sepatutnya dilafazkan sehingga menyinggung perasaan orang lain. Adakalanya boleh menimbulkan persengketaan disebabkan sikapnya itu. Jika si dia dalam mood yang baik, apa kata kalau kamu mengeluarkan pendapat supaya si dia
mengubah sikapnya itu. Rasanya si dia 'makan' nasihat

8hb
- Si dia agak pendiam dan menyukarkan kamu untuk mendekatinya. Si dia hanya berbicara jika kena pada topiknya. Baginya buang masa saja kalau berbicara soal yang tidak berfaedah. Dengan ini, kamu perlu bijak untuk mmancingnya dengan topik-topik yang tip top agar si dia tahu yang kamu seorang yang berotak!

9hb - Seorang yang pandai mengambil hati dan penyayang. Tapi awas! Ramai gadis yang mengejarnya. Maknanya kamu mempunyai ramai saingan. Apa kata kalau kamu menceritakan masalah yang kamu hadapi pada si dia. Si dia pasti menolong kamu punya. Cara ini boleh merapatkan lagi hubungan antara kamu berdua. Ok le tu! Kalau tiada masalah, ciptalah! Sesekali takpe...

10hb
- Seorang yang jujur, berterus terang dan akan beruasaha mendapatkan apa yang diinginnya. Si dia mudah disenangi orang sekelilingnya dan kamu pula harus pandai mengambil hati si dia. Salah satu caranya ialah kamu sering bertanya khabar dan mengambil berat ketika si dia sedang
murung

11hb - Mementingkan kerjaya adakalanya sampai lupakan kehidupan sosial. Apa kata kalau sesekali kamu mengajak si dia menemani kamu menhadiri majlis yang dianjurkan oleh teman-teman. Katakan pada si dia, janganlah terlalu memikirkan sosial kerja dan dia juga perlukan rehat yang cukup. Kerja .. sampai mati pun tak habis!

12hb - Lebih bersikap sederhana. Tidak suka memikirkan hal remeh temah, Bagi mereka yang penting adalah kerjaya dan soal masa depan. Untuk menambat hati si dia senang je, seseorang itu harus belajar bersikap sederhana dan tidak terlalu mengongkong. Sempoi dan jangan tercaring-caring...

13hb
- Tegas dalam membuat keputusan. Mungkin kali pertama mengenalinya seseorang ini cepat merasa bosan. Namun yang pasti jauh di sudut hati, mereka ini memang jenis yang penyayang walaupun bukan dibuktikan dengan kata-kata. Nak tackle? Jangan terlalu manja dan belajar hidup berdikari tanpa mengharapkan pertolongan orang lain

14hb - Berjiwa penyayang dan sukakan kanak-kanak. Ada ciri-ciri bapa mithali la ni. Si dia juga mementingkan keluarganya. Apa kata kalau kamu
berpelung mengenali keluarganya, belilah jiwa ibu bapa dan adik-beradiknya yang lain. Apa yang penting kamu mesti berjiwa penyayang bukan pada dirinya saja tetapi seluruh keluarganya.

15hb - Suka memendam rasa. Mungkin di wajahnya mengukirkan senyuman namun di hati siapa tahu? Bagi kamu yang memang semulajadi manja dan caring, amat sesuai untuk mereka jenis ini. Yang penting, sebelum mengeluarkan kata-kata tapis dulu agar hati si dia tidak tersinggung.

16hb - Garang! Walaupun garang adakalanya dia mempunyai sikap yang romantik dan penyayang. Tapi awas! Jika kamu tersilap langkah mungkin kamu akan dimarahinya. Tak hairanlah lelaki jenis ini amat sukar untuk didekati. Untuk mendekatinya, seseorang itu haruslah bersikap lemah lembut dan pendiam

17hb - Lembut. Sekali pandang mungkin kamu menggambarkan si dia jenis yang lembut. Namun sebenarnya mereka juga seorang yang tegas dalam membentuk keharmonian sebuah perhubungan. Nak tahu bagaimanakah cara untuk
mendekatinya? Senang je ... ambil berat dan jangan ambil peluang di
sebalik sikapnya yang lembut.

18hb - Berkebolehan melukis dan kreatif. Banyak menghabiskan masanya dengan hobi ini. Apa kata kalau kamu memintanya melukis potret kamu. Tentunya kamu terpaksa berjam-jam lamanya untuk si dia menyiapkan potretmu. Time
nilah kamu kena maintain ayu!

19hb - Mudah tersinggung dan agak manja. Si dia akan suka sekiranya
kamu melayannya seperti baby. Melalui lirikan dan senyuman manjamu sudah cukup untuk menawan hatinya. Bukan itu saja, kamu juga kena selalu
memberinya kata-kata puitis padanya. Jiwang karat le pulak!

20hb
- Tenang dan bersahaja. Adakalanya jika menghadapi situasi yang mencemaskan, riak wajahnya akan tetap tenang tapi tidak hatinya. Kamu juga perlu bersikap tenang tapi bukan hipokrit yek! Ia takkan membantu kamu untuk memikat si dia. Kamu perlu bijak menyelami hati si dia untuk mengetahui rahsia yang disembunyikan itu



21hb - Sering bersikap 'moody' tapi masih boleh dikawal. Tapi si dia
gemar bersantai di kafe-kafe sambil mendengar muzik rentak perlahan. Kamu hanya perlu tahan dengan sikapnya sekiranya mood si dia berubah. Bagi kamu yang jenis sempoi dan tak kisah amat sesuai untukmereka yang bersikap moody

22hb - Agak emosional dan sukar mengawal perasaan. Tetapi jiwanya
mudah cair dengan pujuk rayu seseorang agdis. Ini bukan bermakna kamu kena pujuk rayu pada si dia. Jatuhlah maruah, beb! Tapi kamu kenalah lemah lembut dan sopan santun bila berhadapan dengan si dia. Kontrol ayu!

23hb - Seorang yang agak ego, moody dan mementingkan diri sendiri. Si
dia juga mementingkan kawan-kawannya. Walaupun adakala sikapnya itu membuatkan kamu makan hati, kenalah kamu ertahan kalau benar kamu sayangkannya. Nak tahu bagaimana hendak menawan hati si dia? Senang saja, apa kata kalau kamu masakkan makanan kegemarannya. Gerenti hit punya!

24hb - Seorang yang takut menghadapi kekecewaan mungkin disebabkan kisah silamnya. Kamu tentunya tiak mahu si dia menganggap kamu seperti kekasihnya yang sebelum ini pernah melukakan hatinya, jadi kamu harus membuktikan yang kamu lain dari yang lain. Misalnya setia dalam perhubungan jangan pandang lelaki lain ketika bersamanya.

25hb - Happy go lucky dan gemar berbuat lawak. Kan beruntung kalau
kamu pun bersikap begitu. Bertambah ceria lagi perhubungan kamu nanti. Tapi kalau kamu tak pandai buat lawak, baik diam saja. Kang jadi lawak bodoh pula. Haru!

26hb - Si dia adalah seorang yang mudah dipengaruhi. Jangan terkejut jika si dia mempunyai koleksi kekasih. Si dia senang ditawan tetapi banyak rintangan yang terpaksa dihadapi. Si dia meminati gadis yang berkarektor dan tahan lasak. Apa kata kalau kamu mengajak si dia melakukan aktiviti lasak seperti payung terjun. Pasti si dia menyukainya.

27hb - Walaupun nampak brutal tapi sebenarnya berjiwa sentimental. Kamu pula jangan cuba mengambil kesempatan ke atas dirinya kerana ia akan mengubah kepercayaannya terhadapmu. Kamu juga perlu melaksanakan janjimu sekiranya berjanji dengan si dia

28hb - Si dia suka memerintah. Teruslah macam ni. Kamu perlu tahu
mengawal perasaan kamu sekiranya si dia bersikap begitu terhadapmu. Apa kata kalau kamu mengingkari arahannya dan katakan padanya mengapa kamu berbuat demikian. Manalah tahu dengan cara ini, dapat mengubah sikapnya itu

29hb
- Seorang yang gemar bertukar-tukar pasangan. Renungan manja kamu dapat mencairkan si dia. Namun apa kata kalau kamu buat-buat jual mahal dan tentunya si dia ingat kamu ni jenis yag susah nak di tackle. Tentu dia rasa tercabar dan akan cuba mendekati dirimu. Apa lagi ...

30hb - Seorang yang boros berbelanja terutamanya 'memekapkan' kereta kesayangannya itu. Rapati dirinya dan kalau boleh beri nasihat supaya dia mengawal perbelanjaan dan simpan duit untuk masa depan. Tentu dia terfikir kamu seorang yang merancang untuk masa depan

31hb - Gemar bergaya dan mementingkan penampilan. Si dia juga sukakan gadis yang berpesonaliti. Kamu? Kenalah mengubah penampilan. Kalau selama ini kamu gemar berpakaian sempoi, kenalah ubah stail. Lebih up to date dan trendy...


Moga2 ia membantu gadis2 yg ingin mencari pasangan atau kekalkan hubungan dengan pasangan....