Isnin, 25 Oktober 2010

Hari ko-k last... kt UUM



Kenangan- Memang time nier baru nk tegur mmber2 yg ader.. bkn aku sorg tp sumer budak nier.. klu tak, tiap kali masuk kelas buat hal masing2 xmacam budak ko-k lain, pelik gak raser. Tp sbnrnyer masing2 kepala gila.. bleh la nk layan.. nier antara gambar yg ada..





Nie geng band mner lak yg dijemput wat persembahan










Ahad, 24 Oktober 2010

Sayangkah Engkau Padaku?


Sejujurnya aku terasa hati. Adikku sayang. Bosankah engkau kerana sering melihatku di rumah kita yang tidak seberapa ini? Bosankah lidahmu menjamah masakanku setiap pagi, tengah hari, dan malam? Adakah aku menyemak di dalam hidupmu?

Adikku, apakah dirimu bosan mendengar nasihatku? Ku harap dirimu menjadi matang. Apabila di suruh ibu, engkau berpura-pura tidur lantas berpura-pura itu menjadi benar. Engkau benar-benar tidur. Akhirnya, aku yang mengerjakan apa yang di suruh ibu.

Aku tidak merungut dik. Tapi sejujurnya aku kecewa dengan sikapmu. Aku berusaha memahami dirimu sehinggalah bila engkau melukai hatiku, aku tidak akan membalas. Pernah berkali-kali ibu memintamu mengangkat sebaldi air untukku tetapi tidak engkau laksanakan. Tak mengapa dik, ia telah berlalu dan aku juga tidak mengharap padamu ketika itu.




Adikku sayang, engkau dengan malu-malunya menerima wang RM50.00 dariku. Aku tersengih. Beberapa minggu kemudian, engkau dengan malu-malu meminjam lagi RM50.00. Engkau berjanji akan membayarnya bila mendapat biasiswa nanti. Aku tersenyum lagi. Ku tahu benar sikapmu sayang. Dalam hati aku menghalalkan wang itu. Padaku, apalah nilainya sekeping kertas yang tertera "RM 50.00" itu dibanding dengan dirimu. Kita hidup bersama hampir 18 tahun. Duit itu baru singgah beberapa hari dalam hidupku. Tak mengapa dik. Engkau gunalah wang itu untuk membeli top up dan sebagai belanja sekolah dan universiti. Walaupun aku sebenarnya mengharap dirimu membeli buku dari kau habiskan dengan membeli baju baru dan bersiar - siar.

Adikku, jangan bersedih. Engkau tidak buruk pada pandangan mataku. Cuma diri ini sedikit kecewa. Engkau mempunyai paras yang kacak dan cantik, sopan tutur bicara dengan orang tua selain dari ibu kita yang telah tua dan kurus tubuhnya itu. Aku kecewa kerana sikapmu itu tidak engkau kekalkan di rumah. Padahal kami lebih memerlukan sikapmu itu.

Adikku, dua tahun lalu diri ini melanjutkan pelajaran ke IPTS. Apabila diri ini pulang bercuti atau pulang kerana menguruskan pinjaman, terkadang ibu tiada di rumah. Ibu ke kebun seorang diri tanpa di temani sesiapa. Betapa pilu hatiku.

Ibu berkata lagi, "Diorang tak suruh ibu pegi kebun, suruh duduk rumah je. Tapi kenapa diorang tak pergi kebun? Kenapa tak temankan ibu ke kebun?"

Aku terdiam. Cuba menahan air mata. Adikku, bayangkanlah kekecewaan ibu. Ibu menyambung bicaranya, "Diorang tak fikir ke kalau ibu duduk rumah je, diorang nak makan apa? Pandai cakap je tapi taknak tolong."

Aku tidak sanggup melihat ibu berterusan begitu. Lalu aku mengubah topik. Aku cuba membuat lawak. Aku tahu ibu memaksa tawanya berderai. Di hutan itu aku dan ibu memakan bekal nasi putih dengan ikan masin. Jangan menangis dik. Cerita ini ku tulis bukan untuk mengalirkan air matamu.

Adikku, pada suatu petang semasa berada di dalam kebun mak berkata, "Kita kena pulang awal. Mak tak tahan lagi." Aku cemas. Aku melihat mak memang tidak berdaya lagi. Lututnya terketar-ketar. Bibirnya pucat. Mak memegang dahinya. Aku tahu ibu pening. Aku bergegas mengumpul semua halia.

Aku tidak pernah menceritakan ini kepada sesiapa adikku. Tapi untuk menyara kita sekeluarga ibu sanggup melawan segalanya. Ku kira setelah itu pasti kami akan bergegas ke jalan besar yang hampir empat kilometer jauhnya. Jangkaan ku meleset dik. Ibu singgah sekejap di ladang getah makcik untuk mengutip paku pakis yang hidup subur. Engkau pun tahu keadaan jalan ke kebun bagaimana. Melalui bukit-bukau dan sebagainya. Jika ku punya badan besar dan empat tangan seperti di dalam kartun Ben 10 pasti akan ku dukung ibu dan tangan yang lain menjinjing karung yang berisi halia dan hasil hutan yang lain.

Adikku, masihkah engkau ingin aku mencari kerja di luar sana? Adikku. Tidak mengapa jika engkau tidak menyedarinya. Aku juga tidak mahu engkau terhutang budi.

Adikku, selama diri ini membantu ibu menyara keluarga, diri ku insaf. Dulu aku juga sepertimu. Sering meminta wang. Tapi aku menggunakannya untuk mengisi perut. Beza antara aku dengan dirimu, dahulu aku belajar menggunakan apa yang ada. Seingatku aku hanya mempunyai beberapa buah buku rujukan milik sendiri yang diberi oleh jiran, itupun formatnya telah tidak di gunakan lagi.. Aku belajar Bahasa Inggeris menggunakan buku MUET dan Level O. Padahal aku baru Tingkatan 5.

Kerana keadaan keluarga kita yang tidak seberapa, engkau memasuki asrama. Tetapi tidak lama kemudian engkau keluar dari asrama itu. Aku faham. Kerana aku juga pernah tinggal di sana. Mesti engkau penat dan sering tertidur di kelas. Aku menawarkan diri untuk membantumu belajar. Walau mungkin tidak sehebat mana. Tetapi engkau menolak. Jika engkau belajar di ruang tamu, aku menemanimu. Dalam fikiranku, kalau ada apa-apa pasti dia akan bertanya padaku. Semua orang telah tidur pada waktu itu. Hanya kita berdua yang berjaga. Aku membaca buku agama sambil mencuri-curi pandang padamu. Aku kecewa. Engkau leka melayan SMS. Aku menyuruhmu menghentikannya dan mengugut akan mengambil simcard. Engkau terdiam.

Beberapa hari kemudian aku melihatmu semakin menjauhkan diri daripada handphone. Aku gembira. Tetapi aku kasihan bila engkau mengatakan engkau menangis kerana rindu kepada teman wanitamu. Aku berlembut hati dan memberi kelonggaran sedikit. Boleh mesej tapi bukan selalu.



Bila SPM telah tiba, engkau tinggal di asrama. Aku kecewa. Kerana semasa engkau berada di rumah engkau selalu menolak khidmatku untuk mengajarmu. Aku bertambah kecewa apabila setiap kali mesej yang engkau kirim selama engkau di asrama bukan apa-apa. Cuma mesej meminta perkongsian kredit sebanyak RM 1.00. Terkadang aku memberi. Terkadang aku abaikan kerana tidak mahu engkau hanyut dengan cinta manusia itu.

Adikku, aku kecewa lagi apabila keputusan SPM keluar. Tetapi aku lebih kecewa bila engkau tidak menjaga solatmu.


Adikku, mungkin aku tidak sempurna. Aku merasa tidak berguna bila engkau dengan nada menyindir menyuruhku untuk mencari kerja. Aku merasa hormatmu padaku telah berkurangan. Adakah engkau malu pada teman-teman punya abang yang hanya terperuk di rumah?

Adikku, tanpa diduga aku dipanggil untuk bekerja tidak lama selepas itu. Aku gembira. Ku kira inilah masanya untuk menjadi seperti apa yang kau inginkan. Adikku, tahukah engkau apa yang terjadi? Diri ini berjumpa dengan berbagai ragam manusia.Dan aku terkejut apabila engkau berdua mengatakan aku telah berubah. Aku menjadi kasar dan biadap. Aku terkejut. Mungkin kerana pergaulan dengan teman-teman. Kerana kerja itu juga, Quran ku tidak terjaga. Mungkin kerana melihat perubahanku itu engkau tidak lagi bising soal kerja
.






Adikku, dahulu aku juga ingin bekerja. Tapi aku risaukan ibu. Lalu aku ketepikan niat itu. Adikku, dahulu aku ingin membuat pinjaman untuk berniaga. Tetapi ibu membantah. Lalu aku mengalah. Adikku, dahulu aku ingin bercinta. Tetapi aku mencari wanita yang baik dan serasi dengan dirimu. Jika engkau tidak suka, aku akan membiarkan ia pergi. Sehingga ada yang mengatakan aku ini tidak layak untuk dikasihi kerana sikap ku. Hakikatnya aku hanya meniru sebahagian sikap mu itu. Adikku, aku sayang padamu. Beberapa kali aku bertanya dengan nada bergurau, "Aku sayang engkau. Engkau sayang aku ke tak?" Engkau dengan selamba berkata "Tidak". Aku hanya tersengih.


Adikku, hari itu aku pening. Lalu berhenti sebentar di hadapan pintu sambil menyandarkan kepala. Engkau tersenyum-senyum lalu menggenggam kepalaku dengan kuat sekali. Setelah itu engkau hantuk-hantukkan ke pintu. Aku tahu engkau bergurau. Aku tidak dapat mengawal imbangan badan lagi. Lalu jatuh terkulai ke lantai. Semasa jatuh kepalaku terhantuk di sebuah kotak besi. Pandanganku gelap. Kepalaku sakit. Tolong jangan bergurau seperti itu lagi adikku.